Kek Coklat Kukus

Kek Coklat Kukus

Boleh Dihubungi

Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi dengan :
Telefon / SMS : 012-9817562
Email @ YM : juliani250379@yahoo.com
Penghantaran percuma jika berada dalam kaw. Putrajaya (Minima 3 biji).
Luar dari Putrajaya dikenakan caj.

Tuesday, December 6, 2011

Sepagi di Desa Waterpark

Sempena cuti Maal Hijrah yang lalu, en.suami telah bawa kami mandi manda disana. Orang yang paling happy dapatmain air tentulah Amin. Sampaikan tak keluar dari air dan tak nak makan. Sunburn juga kulit kami. Ramai yang datang kesana maklumlah cuti. Lebih kurang kul 1 tengahri hujan turun jadi kami pun buat kira2 nak baliklah.

Tak nak balik pulak amin ni katanya lum puas main air. Badannya pun dah berkilat dan kecut siap mengigil sejuk lagi. Kita pulak yang kesian tengok dia. Bukannya apa kut datang pula asma dia tak haru jadinya. Jom menikmati gambar2 yang ada.



Bapa dengan anak














Aku dengan amin. Seksi sikit dengan perut yang membulat. hehehehehe












Amin berjaya tangkap buaya








Amin berjaya apungkan diri. Maknya tak pandai w/pun dah gi kursus berenang. Berat sangat kut. hihhhiii





Alamak kaki suamiku kena makan dgn buaya. Sib baik buaya jinak



main2 betul 2 beranak ni . ini mcm bapaknya yang lebih main air



Dua beranak sedang beradu









Pasti aku akan ke sini lagi

































































































Tuesday, November 22, 2011

Assalamualaikum

Salam dari saya. Dah lama sangat tak menulis disini sebab takde produk baru yang nak di tunjukkan. Maklumlah sekarang ni sedang mengandung lagilah tak larat nak buat macam2 kerja yang boleh memenatkan. Kena banyakkan berehat. Sekarang ni kandungan saya dah masuk minggu yang ke 18. Dah mula rasa pergerakkan baby. Seronok. Harap2 semuanya akan selamat. Insyallah.

Monday, June 20, 2011

Kek Tiramisu

Kek ni dibuat khas untuk suami tersayang sempena hari bapa semalam. Kena tunggu petang baru potong kek ni sebab dia ada pertandingan Dart kat KL. Tahniah di ucapkan kepada dia dan groupnya hingga dapat sampai ke suku akhir. Dia balik2 terus jer tanya kek dia dah siap belum. Bila dia tengok terus jer potong. Makan 2 potong anaknya nak sikit dia tak bagi. Hehehe.......



Setelah dipotong beginilah rupa dalam kek ini.


Kepada saudara / saudari yang ingin merasa kek ni bolehlah menempahnya dengan saya.

Tuesday, January 18, 2011

Kek Lobak Merah dengan Buttercream

Inilah rasanya dalam tahun baru ni aku baru nak update blog. Masih sempat lagi lagi agaknya nak mengucapkan selamat tahun baru 2011. Kek Lobak Merah dengan Buttercream ni di buat untuk jamuan makan sempena menyambut tahun baru sekali gus memperkenalkan kek ini kepada kawan2. Ada seorang rakan ofis menempah kek ini tapi aku lua pula nak ambil gambarnya. Gambar yang ada ini khas untuk jamuan itu.


Rasa kek ni 100% rasa carrot dengan ada sedikit badam. Gerenti sedap. Jika berkenan bolehlah tempah.