Kek Coklat Kukus

Kek Coklat Kukus

Boleh Dihubungi

Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi dengan :
Telefon / SMS : 012-9817562
Email @ YM : juliani250379@yahoo.com
Penghantaran percuma jika berada dalam kaw. Putrajaya (Minima 3 biji).
Luar dari Putrajaya dikenakan caj.

Tuesday, October 26, 2010

Keropok Lekor

Saya kini menjalankan satu perniagaan iaitu menjadi ejen jual keropok lekor. Keropok ni saya ambil terus dari Terengganu. Jangan risau atau bimbang kerana keropok semestinya halal dan bersih kerana yang buat keropok ni adalah adik saya. Kepada sesiapa yang ingin membelinya bolehlah membuat tempahan dengan saya dan boleh hubungi saya seperti no. tel diatas dan penghantaran terus ke rumah @ kedai anda.


Ini adalah keropok yang telah siap di gentel dan direbus



Keropok yang telah siap bungkus dan sedia untuk dihantar ke kedai-kedai sekitar daerah Kuala Terenggganu

Kepada yang berminat, minimum order adalah 100 batang dan harganya hanya RM20.00.
Harga yang dicadangkan untuk jualan adalah 3 batang = RM1.00.
Keropok ni memang sedap dan saizya adalah berbaloi dengan harga.



Wednesday, October 6, 2010

Puding Karamel

Ini percubaan saya yang pertama buat puding ni tak sangka dapat pujian dari kawan-kawan. Sedap. Dengan menggunakan telur sebanyak 6 biji dan kukus lebih kurang 1/2 jam jadilah ia. Setiap kali saya keluarkan resepi yang baru kawan-kawanlah jadi tester. Saya buat ni sempena dengan jamuan Hari Raya di ofis pada 29/9/10 (Rabu) lepas tu buat lagi pada hari Sabtu lepas bawa ke rumah kak ipar yang itu buat besar sikit dengan 10 biji telur. Anak buah si Faris yang makan banyak. Mendapat pujian dari ibu mertua ku bukan senang dia nak puji tau (kembang). Lepas ni kena buat lagilah nampak gayanya. I like




Monday, October 4, 2010

Kek Coklat Moist Lagi

Dah lama tak update blog ni bz dengan rayalah katakan. Sekarang baru ada masa. Puan Laili (bos) yang order kek ni untuk open house rumah kak iparnya. Harap beliau suka. Selamat menjamu selera. TQVM.





Kek ni di tempah oleh Rosha Mieza isteri kepad kawan di ofis. Ini jer yang dapat di sediakan. Maaf jika tak cantik gambar blur sikit maklumlah tangkap gambar guna h/p. Simple jer. Harap lain kali boleh oerder lagi. Hihihi...........









Kek Harijadi Suhayl Azmin

Ini adalah kek harijadi untuk anakanda tersayang buat sendiri (jimat sikit). Bergambarkan 'Ultraman' kartun kegemarannya. Happy sangat dia bila tengok keknya ada gambar tu. Nyanyi lagu birthday untuk diri sendiri sebelum orang lain nyanyikan untuk dia. Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir untuk majlis tu sekaligus dengan majlis rumah terbuka. Terima kasih juga kepada yang bagi hadiah untuk Amin. Semoga anak mama ni menjadi seorang insan yang berguna pada nusa dan bangsa serta jadilah seorang anak yang soleh dan juga bijak pandai. Amin, insyallah.