Kek Coklat Kukus

Kek Coklat Kukus

Boleh Dihubungi

Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi dengan :
Telefon / SMS : 012-9817562
Email @ YM : juliani250379@yahoo.com
Penghantaran percuma jika berada dalam kaw. Putrajaya (Minima 3 biji).
Luar dari Putrajaya dikenakan caj.

Monday, October 29, 2012

Kejadian Tak Diduga

Salam Aidiladha untuk semua.

Aku takkan lupa kejadian ini sampai bila-bila pun. Peristiwa ini berlaku pada hari Khamis 25.10.2012 pada jam 5.30 pagi di lebuhraya. Aku tak tau nama lebuhraya tu tp ianya berlaku selepas tol Sg. Besi berhampiran dengan pintu masuk Astro. Kereta aku telah break down kat situ. Dengan keadaan yang masih gelap, ditambah pula degan anak-anak yang masih tido dalam kereta kesian kat mereka.

Mula-mula tu tak tau apa puncanya yang menyebabkan clutch dah jadi kosong dan tak boleh nak masuk gear. Suami ku jadi panik. Dia tak tau nak tepon siapa nk bagi tau kereta rosak. Tetiba aku terpandang stiker AAM yang ada dalam kereta. Aku menyuruh dia telefon. Selepas hubungi AAM dia minta tempoh 1 jam untuk mekanik sampai kat tempat aku. Kesian kat anak aku yang sulong dah kelaparan. Sementara menunggu AAM sampai perut aku pulak buat hal. Mau tak mau, terpaksalah aku tinggalkan anak-anak dengan suami untuk aku menapak ke Petronas yang berhampiran. Adalah juga dalam 1 kilometer pergi dan balik dan dalam gelap. Bertawakal jelah.

Tepat jam 6.30 pagi AAMpun sampai. Dia repair apa yang patut. Mekanik tu kata tak boleh berjalan jauh lagi kereta ni. Jadi kami ambil keputusan untuk berpatah balik ke Putrajaya. Dalam keadaan yang hampa dan kecewa sampailah ke rumah di P9. Amin anak yang asyik duk tanya tak jadi ke kita balik ke kg. Dalam serba salah bagi tau kat dia.

Selepas jam 9.00pagi suami hantar kereta ke bengkel untuk baiki lebih detail. Bila sampai di sana rupanya banyak yang kena baiki. Mekanik kat sana kata, body kereta yang dekat kabel clutch telah pecah dan kabel itu yang sepatutnya panjang dah jadi pendek dan salah satu darinya dah putus. Banyaklah bersabar sebab kena bayar banyak ni. Kul 7.00 petang baru siap kereta di baiki. Maka kenalah bayar dalam RM450 gitu.
Jadi duit yang sepututnya untuk balik kg telah digunakan untuk baiki kereta. Sebab itulah kami mengambil keputusan untuk beraya di KL saje.

Ada sebab semua itu berlaku. Kami terimanya dengan redha. Kalau kereta tu rosak kat tengah-tengah hutan di lebuhraya karak lagi haru-biru rasanya. Terkejut mak mertua bila tengok kami tetiba ada depan rumah dia pada pagi raya. Bila dah cerita semuanya baru dia faham.Nasib baik ibubapa ku di kg memahami kesulitan anak menantu mereka ini tapi kesian juga kat mereka dah sediakan Nasi Dagang dengan ikan tongkol yang banyak siap dengan ketupat dan tapai bagai. Kecewa juga aku tak dapat makan semua itu. Nak buat macamna semua itu ketentuan dariNya.

Inilah coretan aku yang terpanjang. Aku takkan melupakan peristiwa ini sampai bila-bila pun dan ianya akan menjadi sejarah dalam hidup aku.

Wednesday, October 17, 2012

Hadiah terlewat

Roller Blade. Hadiah hari jadi untuk abang Amin.
Sori abang Amin dapat hadiah lambat maklumlah tunggu abah dapat duit Ot
baru boleh beli.



 Suka sangatlah tu dapat main benda tu. Abang Amar yang tolong pakaikan



 Sukanya diaaa....


 Belajar dengan trainner bersama-sama dengan kakak Alya sepupunya


 Belajar sampai pandai tau abang amin


Adik teman jer abang amin main. Balik dari sini (Tasik Titiwangsa) terus demam sampai hari ni tak baik-baik lagi. Cepatlah sihat baby mama sayang

Monday, September 24, 2012

Hari Jadi Puteraku

Semalam adalah hari jadi putera ku. Takde apa yang nak di raikan untuknya
jadi kami bawa dia pergi sarapan pagi kat Restoran Yus di Bangi. Pada sebelah malamnya
baru abahnya belikan sebiji kek buat suprise untuk dia. Bukan main suka lagi dia.
Mana taknya dari pagi asyik duk tanya ada tak untuk dia.
Bila dah dapat dia makan sikit je abahnya yang makan banayk.
Gitulah bebudak.
Mama, abah & adik ucapkan Selamat Hari Jadi untuk abang Amin.
Semoga abang Amin dipanjangkan, di murahkan rezeki,
jadi anak yang soleh dan pintar. Kami sayangkan abang Amin.
LOVE YOU SAYANG............






Thursday, September 20, 2012

Aidilfitri 2012

Walaupun Aidilfitri telah melabuhkan tirai
tapi rasa mcm masih lagi tak puas beraya. Tahun ni dapat beraya dengan baby
baru rasa seronok sangat. Boleh kutip duit raya banyak-banyak......
hehehehehe..........
Ini jelah gambar raya yang ada jom kita sama jeling-jeling.
Raya tahun ni giliran rumah mak mertua jadi tak rasa
sangat kemeriahannya. Yelah mana nak sama dengan kita
beraya bersama dengan mak ayah dan adik beradik kita tapi
aku tetap happy. Mak mertua, kakak serta abang ipar yang sporting.
Aku balik juga ke kampung tapi dah raya yang ke-4.
Tak kisah asalkan dapt balik. Thanks my darling hubby kerana
mengikut kehendak isteri mu yang kadang-kadang semacam je.
Hehehehehe...........Love U







 Bersama dengan mak mertua dan biras



Suami bersama dengan mak, kakak dan abangnya


Buah hati baru

Assalamualaikum.
Lama sungguh tak menulis disini tup-tup ada buah hati yang baru.
Sedar tak sedar sudah berusia 5 bulan buah hati ini yang di beri nama
AMYLIANI ILLYANA.
Dia telah dilahirkan pada 1 April 2012 (april fool kata kawan-kawan di pejabat)
pada jam 1.06 petang melalui perbedahan.
Syukur Alhamdulillah aku telah di kurniakan sepasang anak yang
comel-comel dan sihat walafiat.
Disebabkan dia juga aku telah memberhentikan segala baking membaking supaya
boleh tumpukan perhatian sepenuh kepadanya.
Aku akan menyambung semula kerja buat kek setelah baby ni besar cikit.
Sekarang baby Amy yang aku panggil ni dah pun boleh meniarap dan gelak-gelak
bila tengok abangnya buat lawak.
Terima kasih Ya Allah kurniakan aku baby yang sepintar ini.





Tuesday, December 6, 2011

Sepagi di Desa Waterpark

Sempena cuti Maal Hijrah yang lalu, en.suami telah bawa kami mandi manda disana. Orang yang paling happy dapatmain air tentulah Amin. Sampaikan tak keluar dari air dan tak nak makan. Sunburn juga kulit kami. Ramai yang datang kesana maklumlah cuti. Lebih kurang kul 1 tengahri hujan turun jadi kami pun buat kira2 nak baliklah.

Tak nak balik pulak amin ni katanya lum puas main air. Badannya pun dah berkilat dan kecut siap mengigil sejuk lagi. Kita pulak yang kesian tengok dia. Bukannya apa kut datang pula asma dia tak haru jadinya. Jom menikmati gambar2 yang ada.



Bapa dengan anak














Aku dengan amin. Seksi sikit dengan perut yang membulat. hehehehehe












Amin berjaya tangkap buaya








Amin berjaya apungkan diri. Maknya tak pandai w/pun dah gi kursus berenang. Berat sangat kut. hihhhiii





Alamak kaki suamiku kena makan dgn buaya. Sib baik buaya jinak



main2 betul 2 beranak ni . ini mcm bapaknya yang lebih main air



Dua beranak sedang beradu









Pasti aku akan ke sini lagi

































































































Tuesday, November 22, 2011

Assalamualaikum

Salam dari saya. Dah lama sangat tak menulis disini sebab takde produk baru yang nak di tunjukkan. Maklumlah sekarang ni sedang mengandung lagilah tak larat nak buat macam2 kerja yang boleh memenatkan. Kena banyakkan berehat. Sekarang ni kandungan saya dah masuk minggu yang ke 18. Dah mula rasa pergerakkan baby. Seronok. Harap2 semuanya akan selamat. Insyallah.