Kek Coklat Kukus

Kek Coklat Kukus

Boleh Dihubungi

Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi dengan :
Telefon / SMS : 012-9817562
Email @ YM : juliani250379@yahoo.com
Penghantaran percuma jika berada dalam kaw. Putrajaya (Minima 3 biji).
Luar dari Putrajaya dikenakan caj.

Friday, December 24, 2010

Kek Coklat lagi

Hari ni punya tempahan kek coklat dari bos ku Puan Laili regular customerku untuk Pengarah Bahagian Pencen yang sedang bercuti sebab kesihatan. Biasanya bosku ni akan cakap last minit tapi kali dia cakap awal jadi senang untukku buat persediaan beli apa yang patut jadi nilah hasilnya. Rasanya bulan ni yang ini aku upload ada lagi nanti akan aku masukkan. Kepada PBP semoga cepat sembuh dan boleh menjalankan tugas seperti biasa selepas ini. Kepada yang baru melawat ke blog ku ini di ucapkan selamat datang dan jika ada yang berkenan di mata dan di selera boleh hubungi ku. TQVM.


Tuesday, October 26, 2010

Keropok Lekor

Saya kini menjalankan satu perniagaan iaitu menjadi ejen jual keropok lekor. Keropok ni saya ambil terus dari Terengganu. Jangan risau atau bimbang kerana keropok semestinya halal dan bersih kerana yang buat keropok ni adalah adik saya. Kepada sesiapa yang ingin membelinya bolehlah membuat tempahan dengan saya dan boleh hubungi saya seperti no. tel diatas dan penghantaran terus ke rumah @ kedai anda.


Ini adalah keropok yang telah siap di gentel dan direbus



Keropok yang telah siap bungkus dan sedia untuk dihantar ke kedai-kedai sekitar daerah Kuala Terenggganu

Kepada yang berminat, minimum order adalah 100 batang dan harganya hanya RM20.00.
Harga yang dicadangkan untuk jualan adalah 3 batang = RM1.00.
Keropok ni memang sedap dan saizya adalah berbaloi dengan harga.



Wednesday, October 6, 2010

Puding Karamel

Ini percubaan saya yang pertama buat puding ni tak sangka dapat pujian dari kawan-kawan. Sedap. Dengan menggunakan telur sebanyak 6 biji dan kukus lebih kurang 1/2 jam jadilah ia. Setiap kali saya keluarkan resepi yang baru kawan-kawanlah jadi tester. Saya buat ni sempena dengan jamuan Hari Raya di ofis pada 29/9/10 (Rabu) lepas tu buat lagi pada hari Sabtu lepas bawa ke rumah kak ipar yang itu buat besar sikit dengan 10 biji telur. Anak buah si Faris yang makan banyak. Mendapat pujian dari ibu mertua ku bukan senang dia nak puji tau (kembang). Lepas ni kena buat lagilah nampak gayanya. I like




Monday, October 4, 2010

Kek Coklat Moist Lagi

Dah lama tak update blog ni bz dengan rayalah katakan. Sekarang baru ada masa. Puan Laili (bos) yang order kek ni untuk open house rumah kak iparnya. Harap beliau suka. Selamat menjamu selera. TQVM.





Kek ni di tempah oleh Rosha Mieza isteri kepad kawan di ofis. Ini jer yang dapat di sediakan. Maaf jika tak cantik gambar blur sikit maklumlah tangkap gambar guna h/p. Simple jer. Harap lain kali boleh oerder lagi. Hihihi...........









Kek Harijadi Suhayl Azmin

Ini adalah kek harijadi untuk anakanda tersayang buat sendiri (jimat sikit). Bergambarkan 'Ultraman' kartun kegemarannya. Happy sangat dia bila tengok keknya ada gambar tu. Nyanyi lagu birthday untuk diri sendiri sebelum orang lain nyanyikan untuk dia. Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir untuk majlis tu sekaligus dengan majlis rumah terbuka. Terima kasih juga kepada yang bagi hadiah untuk Amin. Semoga anak mama ni menjadi seorang insan yang berguna pada nusa dan bangsa serta jadilah seorang anak yang soleh dan juga bijak pandai. Amin, insyallah.







Thursday, September 23, 2010

Terima Kasih

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan batin. Terima kasih di ucapkan kepada semua pelanggan yang telah menempah kek untuk hari raya kalian. Harap berpuas hati dengan apa yang tempahan yang telah dapat. Mohon maaf jika terdapat kekurangan. Apa-apa pun di ucapkan ribuan terima kasih. Sekali lagi. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Monday, August 16, 2010

Tempahan untuk Hari Raya

Assalamualaikum. Sempena bulan yang mulia ini sya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan semoga beribadah dengan hati yang tulus. Bersempena Aidilfitri yang akan menjelang tiba saya menerima tempahan pelbagai tempahan kek untuk perayaan anda. Perkhidmatan penghantaran juga disediakan jika berada dalam kawasan Putrajaya tetapi tempahan untuk kek coklat kukus dan kek-kek lain kecuali kek coklat moist (deko) mestilah melebihi dari 3 biji dan penghantaran adalah percuma. Jika ada pelanggan yang luar dari Putrajaya caj akan dikenakan. Sila telefon saya di nombor h/p yang ada di blog ni. Terima kasih. Selamat berpuasa.

Monday, August 9, 2010

Kek Gula Hangus

Kek Gula Hangus. Ada orang sebut kek sarang lebah sbb ianya berlubang2 didalam. Kek ni untuk demo dan juga untuk makan2 di rumah MIL sempena buat makan sambut bulan Ramadhan. Macam2 lauk pauk MIL masak. Makan sampai tak larat nak bangun siap kena perli dengan husband lagi sebab makan banyak. Kek ni boleh di tempah untuk hari raya @ apapun majlis anda (cewah ayat).

Friday, July 30, 2010

Kek Batik Dengan Topping Coklat

2 biji ni dihias dengan ringkas. Cik Ina dari Bhgn. Pencen yang order kek ni untuk jamuan perpisahan semua staff di unitnya sekaligus unit itu di pecahkan. Tq Cik Ina. Cik Ina yang minta tulis atas kek macam tu kerana ada lagi staffnya yang belum di buat sambutan besday. Selamat menjamu selera semoga lepas ni kenangan yang indah di bawa bersama.




Monday, July 26, 2010

Kek Coklat Dengan Butter Cream

Kek ni atas permintaan Puan Salamiah dari Istana Kehakiman. Kek ni untuk anak tersayang yang menyambut besday ke - 3. Bertemakan gambar Upin Ipin. Puas saya mencari gambar tu akhirnya ada juga tapi dapat gambar yang kecil jer tu pun nasib ada kalau tidak Ben-10 jadi mangsa. Harap anak puan suka dengan kek yang tak seberapa tu. TQ.








Friday, July 23, 2010

2 Biji Oreo Cheese Cake

Cik Farahana dari Bhgn Pembanguan Organisasi, JPA telah tempah kek ni untuk jamuan perpisahan salah seorangnya pegawainya bertukar keluar. Asalnya nak satu jer tapi telah tukar fikiran jadi 2. Thanks a lot. Harap2 Cik Farahana suka dengan kek tu. Selamat menjamu selera.

Monday, July 19, 2010

Oreo Cheese Cake

Kek ini telah di ujikaji. Sedap sgt. Kaya dengan cheese. Buat ni untuk makan2 jer tapi jika yang ingin menempah kek ni di terima. Beratnya lebih dari 1kg. Harga RM65.00. Sebelum ni suami tak berapa gemar sangat makan kek tapi sejak si isterinya ini pandai buat kek ada resepi baru suruh di cubanya. Bagus juga boleh memahirkan diri. Sebelum kek ni masak katanya nak bagi kwn2nya rasa tapi bila dah masak lain jadinya dia kata dia nak makan sorang jer lain kali baru nak bagi kawan2. Lepas ni nak belajar buat Cup Cake pulak.

Thursday, July 15, 2010

Selamat hari Jadi

Kek ni order dari Ina di Istana Kehakiman di tujukan khas buat suaminya (kalau tak silap). Thanks. Selamat menjamu selera.









Monday, June 28, 2010

Happy Besday Shirwan

Thanks Hajar. Hajar ni jiran sebelah rumah ku keje kat KDN krn sudi menjadi suplierku di sana. Kek ni ke besday kwnnya iaitu Shirwan. Semoga Shirwan panjang umur dan murah rezeki. Maaflah klu tak cantik. Aku cni cuma takut2 berani jer maklumkah dah lama tinggalkan bidang ni kira2 7 tahun yg lalu. Selamat menjamu selera.

Kek Batik

Ini hasilnya dari percubaan yang pertama tak sangka pulak sedap (puji diri sendiri hehehe...). Hubby makan hingga tak angkat kepala sedap katanya. Anak pun suka sbb tak manis sangat. Sekarang saya buka untuk menerima sebarang tempahan Kek Batik.

Besar = RM 25.00
Kecil = RM 15.00




Friday, June 25, 2010

Istana Kehakiman

Terima kasih diucapkan kepada sahabat baikku yang ada di sana iaitu Robiah kerana sudi promotekan kek coklat kukus yang aku buat. Terima kasih kpd pelanggan2 ku di sana. Kalau sedap cakap kat kawan kalau ada yang kurang cakap terus kat ku.
Akan datang Oreo Cheese Cake.

Wednesday, June 16, 2010

Kek Coklat

Terima kasih kerana percayakan saya. Ini first deco saya. Maaflah kalau tak cantik maklumlah buah cempedak di luar pagar, saya budak baru belajar (pantun pulak tp mcm tak kena jer...hehehe). Ini tempahan dari kawan di KDN kawan atas kawan. TQVM.



Monday, June 7, 2010

Tempahan dr Kak Zizie

Minggu lps tak update sibuk sikit. Kek ni tempahan dari Kak Zizie PA di JPA. 1 kg beratnya. Terima kasih daun keladi. Lain kali order lagi.

Monday, May 31, 2010

Tempahan dr kwn2 di ofis

Terima kawan2 kerana support saya.

Monday, May 24, 2010

Produk pertama

Ini adalah produk percubaan pertama saya. Diharap semua mencuba kek ini. Boleh order. Buat masa ni ini saj yg saya ada nanti di masa akan datang saya tambah lagi.

Kek Coklat Kukus
Berat 400gm
RM 12.00

Friday, May 21, 2010

Gelagat si kecik

Semenjak semakin membesar ni mcm2 gelagat nak tergelak ada nak marah pun ada tapi tak jadi